Written by 12:09 pm Bola Sepak, Malaysia

Kerajaan Negeri Menawarkan Tanah Kepada Norizam Untuk Bina Pusat Latihan TRW

Kerajaan negeri Kelantan Darul Naim sedia menawarkan sebidang tanah di jajahan Tumpat kepada pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman bagi membina pusat latihan baharu buat pasukan tersebut.

Keluasan tapak tanah yang ditawarkan kepada Norizam adalah sekitar 12 hektar menurut makluman oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Roslan Wan Hamat berdasarkan sebuah laporan akhbar tempatan.

Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman

“Esok kita akan dengar perbentangan dari pihak Kelantan FC yang diketuai oleh Norizam kepada pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT).

“Kita sambut baik kesungguhan tinggi yang ditunjukkan oleh beliau dalam usaha mengangkat lagi nama pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga Malaysia,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.

Baca: TRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta

Sebelum ini, Norizam yang merupakan usahawan tempatan mengumumkan mahu membina sebuah pusat latihan moden buat pasukan The Red Warriors dengan bajet di antara RM5 juta sehingga RM10 juta.

Antara fasiliti-fasiliti yang mahu disertakan oleh Norizam di pusat latihan tersebut adalah padang dengan piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dilengkapi dengan bumbung dan lampu limpah, bilik mandi, dewan makan dan sebagainya.

Baca: TRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT

Perancangan itu mahu dilakukannya untuk memastikan prestasi pemain-pemain pasukan berpangkalan di pantai timur itu lebih dinamik dan mantap.

Featured Image: TRW Kelantan FC

(Visited 66 times, 1 visits today)
Close