Written by 3:47 pm Malaysia • One Comment

Kelayakan Piala Asia B-23: Enam Orang Digugurkan, Coach Brad Panggil Seorang Lagi Pemain Kelahiran Kedah

Kem latihan skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20) Fasa 1 yang bermula semalam menyaksikan seramai enam pemain yang disenaraikan sebelum ini terpaksa diketepikan.

Ketua jurulatih, Brad Maloney terpaksa menggugurkan pemain-pemain tersebut kerana ditimpa kecederaan pada saingan liga sebelum daripada ke kem latihan pusat. Selain daripada itu, terdapat beberapa pemain yang tidak menyertai kem ini atas sebab-sebab tertentu.

Baca: Brad Maloney Panggil Lima Pemain Melebihi Umur 20 Tahun

Antara pemain-pemain yang terpaksa diketepikan ialah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Penjaga Gol, Selangor) Nabil Asyraf Ramli (Penjaga Gol, Skuad Projek FAM-MSN), Hairiey Hakim Mamat (Terengganu II), Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri (Johor Darul Ta’zim II), Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman) dan Muhammad Hazwan Hassan (Skuad Projek FAM-MSN).

Untuk menggantikan pemain-pemain tersebut, salah seorang yang dipanggil oleh jurulatih kelahiran Australia ini adalah pemain muda kelahiran negeri Kedah, Muhamad Alif Abdul Mutalib yang kini beraksi bersama skuad JDT II.

Biodata Alif Mutalib – Grafik: FAM

Alif bukanlah nama yang asing buat skuad kendalian Brad. Dia pernah beraksi bersama skuad Malaysia dalam saingan Piala AFF B-18 Vietnam dan Kelayakan Piala Asia B-19 2020.

Baca: Coach Brad Panggil ‘Budak SMK Kulim’ & Penjaga Gol Muda Perak

Menerusi makluman terdahulu, Coach Brad turut memanggil, bekas pelajar SMK Kulim yang kini juga beraksi bersama JDT II, Chia Ruo Han dan penjaga gol Perak, Azri Ab Ghani.

Ini menjadikan keseluruhan pemain yang menjalani latihan Fasa 1 adalah seramai 24 orang sahaja berbanding senarai awal iaitu seramai 27 orang.

Untuk makluman, mereka akan menjalani latihan secara kuarantin selama sembilan hari bermula 30 Ogos hingga 7 September 2021.

Kem latihan pusat ini sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 15,385 times, 1 visits today)
Close