Artikel

Dato’ Seri Vida Janji Tak Cat Stadium Perak Warna ‘Pink’

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman berjanji tidak akan menukar warna Stadium Perak kepada warna merah jambu atau ‘pink’ sekiranya mengambil alih Perak FC.

Usahawan yang menetap di Ipoh ini dilihat mempunyai perancangan lain terhadap pasukan yang bergelar The Bos Gaurus ini dan bukannya mahu menukar warna stadium dan jersi semata-mata.

Tambahan pula, stadium yang mampu memuatkan hampir 30,000 penonton itu pula berada dalam kondisi terbaik selepas menjalani proses naik taraf pada tahun 2018 lalu.

Dato’ Seri Vida membuat tinjauan di Stadium Perak, semalam.

“Jangan bimbang. Keadaan berubah dan zaman ‘pink-pink‘ pun sudah berlalu, sekarang tidak lagi relevan.

“Banyak benda lain yang kita boleh buat untuk Bos Gaurus, bukan hanya setakat menukar warna stadium dan jersi. 

“Lagipun Stadium Perak memang cantik, buat apa nak tukar,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Baca: Dato’ Vida Sedang Kaji Pro & Kontra Beli Perak FC

Baca: Dato’ Seri Vida Tanya Patutkah Dia Miliki Perak FC Sambil Membuat Tinjauan di Stadium

Minggu ini, beliau yang lebih mesra dengan panggil sebagai Dato’ Seri Vida dilaporkan oleh media sedang berkira-kira untuk mengambil alih pasukan Perak yang bersaing dalam kancah Liga Super.

Hasratnya itu menimbulkan keresahan buat penyokong Perak kerana teringatkan penglibatannya selaku penaja pasukan Kelantan pada tahun 2016.

Pada ketika itu, beliau meletakkan syarat untuk mengecat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dengan warna ‘pink’ dan memperkenalkan jersi warna yang sama sebagai syarat untuknya menjadi penaja.

Featured Image: Perak FC

komen