Artikel

Cardiff City Lantik Jalil Rasheed Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif

Kelab yang beraksi di Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City mengumumkan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corp, Jalil Rasheed sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. 

Perlantikan bekas CEO dan Presiden Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu dimaklumkan secara rasmi di laman sesawang dan media sosial pasukan yang terkenal dengan julukan The Bluebirds, hari ini. 

“Jalil akan membantu kelab menentukan hala tuju dalam semua melakukan keputusan strategik dan merancang, bekerja dengan lebih rapat bersama Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Mehmet Dalman dan Pengarah Eksekutif dan CEO, Khen Choo.” tulis kenyataan kelab

Baca: CEO Berjaya, Jalil Rasheed Antara 9 Individu Dipilih Untuk Bantu FAM

Baca: Guna Stadium Kecil, Jana Keuntungan – Nasihat Bekas CEO PNB Kepada Kelab Bola Malaysia

Sementara itu, Jalil mengucapkan terima kasih kepada Cardiff kerana memberikan kepercayaan untuk melantiknya di posisi tersebut. 

Untuk makluman, musim lalu Cardiff yang dimiliki oleh Vincent Tan ini menamatkan saingan divisyen dua Liga Inggeris di tangga kelapan dengan mengumpul 68 mata daripada 46 perlawanan. 

Featured Image: Instagram Jalil Rasheed

komen