Man Utd Bayar Yuran Perpindahan Ronaldo Secara ‘Installment’ Selama 5 Tahun
September 6, 2021 Hafizuddin Omar

Manchester United dan Juventus telah mencapai persetujuan untuk pembayaran yuran perpindahan melibatkan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo.

Menurut wartawan Itali yang terkenal dengan pendedahan berita perpindahan pemain bola sepak, Fabrizio Romano, berkongsikan bahawa Man Utd akan membayar yuran perpindahan tersebut secara ansuran kepada Juventus.

Baca: Usah Mimpi Lihat Gandingan Messi & Ronaldo di Juventus

Dimaklumkan, yuran perpindahan yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab ini adalah €15 juta. 

Ia akan diselesaikan oleh Man Utd dalam tempoh 5 tahun dan ini bermakna skuad The Red Devils akan membayar sebanyak €3 juta bagi setiap tahun sehingga tahun 2026.

Sementara itu, kedua-dua kelab juga bersetuju dengan nilai tambahan sebanyak €8 juta.

Baca: Niat Ronaldo Pulang Ke Man Utd Telah Diberitahu Kepada Khabib Sebulan Lalu

Sekitar seminggu yang lalu, Man Utd yang dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan mencapai persetujuan bersama Juventus untuk membawa kembali khidmat Ronaldo ke Old Trafford.

Man Utd mengumumkan mengikat penyerang Portugal berusia 36 tahun ini dengan kontrak selama dua tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun.

Featured Image: Manchester United

Komen