Artikel

Kelab Amatur Cheras Raptors Jalin Kerjasama Dengan Palamos CF

Sebuah kelab amatur berpangkalan di Cheras iaitu Cheras Raptors FC mengumumkan memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan sebuah kelab bola sepak di Sepanyol.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Cheras Raptors yang kini beraksi dalam kejohanan amatur, A Ligue telah membuat perjanjian bersama Palamos CF yang terletak di pekan Costa Brava dalam wilayah Catalonia.

Baca: Situasi Menang-Menang Jika Kelab Malaysia Bekerjasama Dengan Kelab Sepanyol

“Menerusi kerjasama  ini, melalui syarikat Perfect Football Eu, sebuah badan yang menguruskan kelab Palamos CF, meletakkan Cheras Raptors adalah  di bawah Asean Partnership Programme mereka.

“Antara teras kerjasama ini, termasuklah kerjasama mengadakan Klinik Bola Sepak dan juga menaja beberapa pemain Cheras Raptors, menimba pengalaman di sana.” tulis kenyataan kelab pada hari ini.

Untuk makluman semua, Palamos CF yang berusia melebihi 120 tahun merupakan sebuah pasukan yang beraksi dalam divisyen enam bola sepak Sepanyol.

Baca: Kerjasama Langkawi City-Borussia Dortmund, Banyak Yang Boleh Dipelajari – Tun M

komen