“Bila sampai (negeri) Kedah kena pi tengok training centre,” kata Patron Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, semalam.
Tokoh dan pakar kewangan islam yang berperanan sebagai penaung pasukan Kedah sejak hujung tahun lalu berkata demikian bagi menerangkan konsep ‘training centre’ milik pasukan Kedah yang akan dibina kelak.
Baca: Kedah Lantik Tokoh Kewangan, Dr. Mohd Daud Bakar Sebagai Penaung Kelab
Beliau mahu menjadikan ‘training centre’ itu bukan sahaja berperanan sebagai tempat latihan untuk skuad Sang Kenari dan kegunaan orang ramai. Ianya akan dijadikan sebagai pusat tarikan pelancong dalam dan luar negara sekaligus dapat meningkatkan industri pelancongan negeri jelapang padi itu.
Setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk pembinaan ‘training centre’ yang akan menempatkan tiga padang terbuka serta satu padang tertutup berdasarkan piawaian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“Kita ada dua, tiga tapak tetapi kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, Insya-Allah bila dapat tanah yang sesuai dan kita akan lantik konsultan untuk membuat rekaan 3D berdasarkan piawaian FIFA, kalau boleh, biarlah alang-alang buat, dapat FIFA punya endorsement,”
Baca: ‘Training Centre’ Kedah Bakal Memiliki 3 Padang Terbuka & 1 Padang Tertutup
“Lepas itu saya akan cuba buat pendanaanlah samada dalam atau luar negara untuk menjadikan training centre di negeri Kedah ini bukan sekadar training centre tetapi sebagai tarikan pelancongan daripada luar negara juga,” katanya.
Dimaklumkan, berdasarkan tinjauan yang dilakukan, pihaknya meletakkan anggaran kos RM15 juta hingga RM16 juta bagi membina ‘training centre’ tersebut. Projek pembinaan ini dijangka dimulakan pada tahun ini atau awal tahun hadapan.
Featured Image: Kedah Darul Aman FC