Artikel

All England 2022: Perseorangan Muda India, Lakshya Singkir Juara Bertahan Zii Jia

Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia tidak berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) buat kali kedua dalam kariernya.

Kemaraan itu tidak menjelma selepas pemain yang berada di ranking ketujuh dunia merangkap juara bertahan kejohanan ini dikalahkan pemain muda India, Lakshya Sen di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Artikel Berkaitan – All England 2022: Perseorangan Muda India Singkir Pemain No.3 Dunia Pada Pusingan 16

Dalam pertarungan di Utilita Arena Birmingham tadi, Zii Jia terlebih dahulu tumpas pada set pertama kepada pemain berusia 20 tahun yang menghuni ranking kesebelas dunia ini dengan skor 13-21. 

Bagaimanapun, Zii Jia berjaya bangkit di set kedua, menumpaskan pula Lakshya yang merupakan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia BWF 2021 dengan skor 21-12 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Artikel Berkaitan – Terbuka Jerman: Pemain India Singkir Pemenang Olimpik, Viktor Axelsen Di Separuh Akhir

Di set ketiga, pertarungan menjadi semakin sengit. Walaupun kelihatan keletihan, Lakshya tidak mudah mengalah kecekalannya mendapatkan mata demi mata berjaya memberikannya kemenangan ke atas Zii Jia dengan skor 21-19.

Untuk makluman semua, pertarungan antara kedua-dua pemain ini berlangsung dalam tempoh 76 minit permainan.

Sementara itu, Lakshya yang mara ke pentas akhir akan menantikan cabaran daripada samada pemain No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen atau pemain No.4 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen.

komen