Piala Asia B-23: Senarai Awal Thailand Miliki 10 Pemain Luar Negara Untuk Hadapi Vietnam, Malaysia & Korea
May 25, 2022 Hafizuddin Omar

Pasukan negara jiran tetangga, Thailand bawah 23 tahun (B-23) merangkap salah satu pasukan yang akan dihadapi oleh skuad Harimau Muda telah mengumumkan senarai awal 30 pemain untuk mengharungi saingan Piala Asia B-23.

Berdasarkan tinjauan terhadap senarai 30 pemain tersebut, Thailand dilihat menyenaraikan 10 pemain dari pelbagai posisi yang beraksi di luar negara menyertai kem latihan pusatnya.

Antaranya tiga pertahanan iaitu Jonathan Khemdee, Nicholas Mickelson (Odense Boldklub, Denmark) dan Yannick Nussbaum (BSC Young Boys, Switzerland). 

Selain itu, mereka turut menyenaraikan empat pemain tengah yang terdiri daripada Thanawat Suengchitthawon (Leicester, England), Ben Davis (Oxford, England), Channarong (Union Adarve, Sepanyol) dan Chayapipat (Estoril, Portugal).

Baca: Vietnam Bimbingan Jurulatih Baharu Kekalkan 65% Pemenang Pingat Emas Sukan SEA

Akhir sekali sekali, tiga penyerang iaitu Achitpol Keereerom (FC Augsburg, Jerman), Marcel Sieghart (SC Olching, Jerman) dan Sittichok Paso (FC Ryukyu, Jepun) menggenapkan senarai 10 pemain luar negara yang disenaraikan itu.

Manakala baki 20 pemain lain adalah daripada saingan domestik mereka sendiri.

Baca: Pemain LaLiga, Lee Kang-In Disenaraikan Juara Bertahan Republik Korea

Difahamkan, skuad yang dibimbing oleh Worrawoot Srimaka ini akan menyisihkan tujuh pemain daripada senarai ini. Hanya 23 pemain sahaja akan dipilih untuk diterbangkan ke Uzbekistan bagi mengharungi saingan Kumpulan C yang terdiri daripada Vietnam B-23, Malaysia B-23 dan Republik Korea B-23.

Thailand akan membuka kempen Piala Asia B-23 dengan menentang Vietnam (2 Jun) diikuti dengan Malaysia (5 Jun) dan Republik Korea (8 Jun).

Featured Image: Changsuek

Komen