Mesut Ozil Teruskan Karier Di Turki Bersama Istanbul Basaksehir
July 15, 2022 Hafizuddin Omar

Beberapa hari lalu, bekas pemain skuad kebangsaan Jerman, Mesut Ozil bergelar ejen bebas (free agent) selepas berpisah dengan kelabnya, Fenerbahce.

Namun begitu, pemain berusia 33 tahun ini kekal di bumi Turki apabila mengikat kontrak dengan pasukan lain yang berpangkalan di republik tersebut iaitu Istanbul Basaksehir.

Kelab berkenaan mengumumkan kemasukan Ozil menerusi makluman di laman sesawang rasmi serta pelbagai platform media sosialnya, semalam.

Baca: 5 Perkara Menarik Mengenai Pasukan Yang Mengalahkan Man Utd, Istanbul Basaksehir

Difahamkan bekas pemain Real Madrid dan Arsenal ini menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan lanjutan selama setahun bersama Istanbul Basaksehir.

Dalam majlis pengenalan pengenalan pemain, Istanbul Basaksehir turut mendedahkan Ozil diberikan jersi bernombor 10 untuk disarungnya sepanjang bersama pasukan berjulukan The Owls (Baykuş) ini.

Untuk makluman semua, Istanbul Basaksehir menamatkan saingan liga Turki di tangga keempat musim lalu di bawah Trabzonspor, Fenerbahce dan Konyaspor.

Featured Image: Istanbul Basaksehir

Komen