Bahrain vs Malaysia: 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Percuma Seluruh Negara
January 6, 2024 Hafizuddin Omar

Aksi kedua skuad bola sepak kebangsaaan atau nama julukannya, Harimau Malaya menentang Bahrain pada peringkat Kumpulan E dalam saingan Piala Asia 2023 akan dapat disaksikan menerusi tayangan skrin besar di beberapa lokasi seluruh negara.

Sebanyak 16 lokasi tayangan skrin besar di seluruh negara dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi membuka peluang kepada ‘ekor’ untuk turun dan menyaksikan Harimau Malaya menentang pasukan yang menghuni ranking ke-86 dunia secara beramai-ramai.

Selain daripada tayangan skrin gergasi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), senarai lokasi bagi 15 lokasi tayangan skrin besar tersebut adalah seperti berikut:  

  • Selangor: Laman MBPJ, Petaling Jaya
  • Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presint 3
  • Perlis: Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
  • Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Pulau Pinang: Padang Kota, Georgetown

Baca: KBS Sedia Tayangan Skrin Gergasi Aksi Harimau Malaya Di SNBJ – Masuk Percuma

  • Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya
  • Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  • Melaka: Dataran Pahlawan, Bandar Hilir
  • Johor: Kawasan Rekreasi Kg. Dato’ Onn, Johor Bahru
  • Kelantan: Dataran MARA, Kota Bharu

Baca: Penyerang Liga Czech, Pemain Tengah Kedah Barisi Skuad Bahrain Di Piala Asia 2023

  • Terengganu: Aras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, K. Terengganu
  • Pahang: Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
  • Sarawak: Kuching Amphitheatre
  • Sabah: Padang Merdeka, Kota Kinabalu
  • Labuan: Dataran Perbadanan Labuan

Untuk makluman, kesemua lokasi tayangan skrin besar anjuran JBSN ini dibuka secara percuma kepada semua ‘ekor’ Harimau Malaya selain bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik.

Sepak mula bagi perlawanan Bahrain menentang Malaysia yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad – berkapasiti 15,000 tempat duduk – dijadualkan jam 10.30 malam pada 20 Januari.

Featured Image: AFC

Komen