Pertembungan terakhir skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya pada peringkat Kumpulan E dalam saingan Piala Asia 2023 bertemu Republik Korea akan dapat disaksikan menerusi tayangan skrin besar di beberapa lokasi seluruh negara.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) tampil menganjurkan program tayangan skrin besar tersebut bagi memberikan peluang ‘ekor’ yang tidak terbang ke Qatar turun dan menyaksikan aksi Harimau Malaya menentang pasukan di tangga ke-23 dunia itu secara beramai-ramai.
Selain daripada tayangan skrin gergasi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), senarai 15 lokasi tayangan skrin besar di seluruh negara adalah seperti berikut:
- Selangor: Laman MBPJ, Petaling Jaya
- Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presint 3
- Perlis: Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
- Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
- Pulau Pinang: Padang Kota, Georgetown
Baca: KBS Sedia Tayangan Skrin Gergasi Aksi Harimau Malaya Di SNBJ – Masuk Percuma
- Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya
- Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
- Melaka: Dataran Pahlawan, Bandar Hilir
- Johor: Kawasan Rekreasi Kg. Dato’ Onn, Johor Bahru
- Kelantan: Dataran MARA, Kota Bharu
Baca: Korea Panggil 12 Pemain Di Eropah Untuk Hadapi Piala Asia 2023
- Terengganu: Aras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, K. Terengganu
- Pahang: Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
- Sarawak: Kuching Amphitheatre
- Sabah: Padang Merdeka, Kota Kinabalu
- Labuan: Dataran Perbadanan Labuan
Sebagai tambahan, kesemua lokasi tayangan skrin besar anjuran JBSN ini boleh diakses secara percuma kepada semua orang selain bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik.
Sepak mula bagi perlawanan menentang Korea kendalian Jurgen Klinsmann yang berlangsung di Stadium Al Janoub – berkapasiti 40,000 tempat duduk – dijadualkan jam 7.30 petang pada 25 Januari.
Featured Image: Football Association of Malaysia & Korea Football Team