Malaysia bimbingan Kim Pan-gon memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kiri – sama seperti dua buah pasukan asia tenggara iaitu Vietnam dan Indonesia.
Langkah kiri itu terlakar apabila skuad bola sepak negara berjulukan Harimau Malaya terpaksa akur tewas besar di tangan penghuni ranking ke-87 dunia, Jordan pada aksi pertama Kumpulan E, awal pagi tadi waktu Malaysia.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Janoub itu, Malaysia tewas hasil jaringan berganda bekas pemain import Kedah Darul Aman FC, Mahmoud Al-Mardi serta penyerang Ligue 1, Mousa Al-Tamari.
Jaringan oleh Mahmoud hadir pada minit ke-12 dan ke-32 manakala gol oleh Mousa pula muncul pada minit ke-32 dan ke-85 masing-masing.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan E, Piala Asia 2023 | Isnin, 15 Januari 2024
MALAYSIA 🇲🇾 0-4 🇯🇴 JORDAN
⚽️ Mahmoud Al-Mardi 12′ 32′ Musa Al-Taamari 18′ (P) 85′ #FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/eISPBzqA1V
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 15, 2024
Baca: Dimana Mousa Al-Tamari Ketika Berusia 20 Tahun?
Malaysia ternyata tiada jawapan balas terhadap jaringan-jaringan oleh dua pemain skuad Al-Nashama itu biarpun menampilkan persembahan yang lebih meyakinkan pada separuh masa kedua.
Ketika pengadil perlawanan, Mohammed Abdulla Hassan meniup wisel menamatkan permainan, Jordan berhasil meraih kemenangan dengan keputusan 4-0 sekaligus meraih tiga mata pertamanya pada kejohanan ini.
Terdahulu, Vietnam yang menduduki Kumpulan D bermula dengan langkah kiri apabila tumpas di tangan naib juara edisi 2019, Jepun dengan keputusan 2-4.
Sementara itu, Indonesia yang turut sama berada dalam Kumpulan D turut bermula dengan nota kekalahan apabila tumpas 1-3 di tangan Iraq.
Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia akan turun menentang penghuni ranking ke-86 dunia, Bahrain pada 25 Januari nanti.
Baca – Bahrain vs Malaysia: 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Percuma Seluruh Negara
Featured Image: AFC