Skuad kebangsaan Jordan yang menghuni ranking ke-87 dunia merupakan pasukan pertama yang akan dihadapi Malaysia pada peringkat Kumpulan E dalam saingan Piala Asia 2023.
Di dalam skuad berjulukan Al-Nashama itu, terdapat seorang pemain yang menjadi ayam tambatannya iaitu Mousa Al-Tamari, 26 tahun, yang kini beraksi bersama Montpellier Herault SC dalam kancah Ligue 1 di Perancis.
Untuk makluman semua, Mousa yang lahir pada 10 Jun 1997 menyertai Montpellier sebelum bermulanya saingan bola sepak Perancis musim 2023-24. Sepanjang bersama skuad berjulukan La Paillade itu, Mousa telah meledak tiga gol dan bantuan gol masing-masing daripada 16 penampilannya setakat ini.
Baca: Penyerang Sayap Ligue 1 Perkuatkan Jordan Untuk Hadapi Malaysia, Korea & Bahrain
Meminjam ungkapan tersohor dilontarkan pengulas sedang meningkat naik, Wan Khairil Azwa Wan Jusoh, “Dimana anda ketika anda berusia 20 tahun? Kerana Arif Aiman menggegar di Stadium Nasional Bukit Jalil,” artikel ini ditampilkan untuk berkongsikan kepada anda mengenai karier Mousa bola sepak Mousa sepanjang tahun 2017 dan 2018 – tahun dimana usianya sekitar 20 tahun.
#1 Penampilan Bersama Jordan
Sepanjang tahun 2017, Mousa berhasil meraih lima penampilan bersama skuad Jordan menentang Georgia dan Hong Kong (dua kali) dalam perlawanan persahabatan serta Kemboja dan Afghanistan bagi aksi kelayakan Piala Asia.
Sepanjang tahun itu juga, Mousa merekodkan 223 minit permainan daripada lima penampilannya bersama skuad Al-Nashama. Pada saat
Sebagai rekod, Mousa meraih debut bersama skuad kebangsaan Jordan ketika turun menentang Lubnan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada tahun 2016 ketika berusia 19 tahun dan 2 bulan.
#2 Jumlah Jaringan Bersama Jordan
Mousa merupakan seorang penyerang sayap yang mempunyai kedua-dua belah kaki yang dominan. Akhir-akhir ini di acap kali mengisi posisi sayap kanan namun turut berkemampuan beraksi di bahagian sayap kiri. Daripada kedua-dua posisi tersebut, Mousa yang mempunyai ketinggian 1.78 meter berhasil meledak sebanyak satu kali ketika bertemu Hong Kong dan Kemboja masing-masing sepanjang tahun 2017.
Untuk pengetahuan semua, Mousa kini mempunyai catatan 12 gol bersama skuad kebangsaan Jordan selain sembilan bantuan gol setakat ini.
Malaysia vs Jordan: 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Percuma Seluruh Negara
#3 Pernah Menentang Harimau Muda
Menariknya, ketika usianya belum genap 21 tahun, Mousa pernah turun menentang Malaysia B-23 bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika mewakili Jordan B-23 pada aksi kedua Kumpulan C dalam kancah Kejohanan Asia B-23 yang berlangsung pada awal tahun 2018.
Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 tersebut, Mousa beraksi penuh selama 90 minit di bahagian sayap kiri namun tidak menjaringkan sebarang gol mahupun mencipta bantuan gol.
Jaringan oleh Jordan dihasilkan oleh Ward Al-Barri pada minit ke-16 setelah menerima hantaran jauh daripada Mohammad Al-Razem. Manakala jaringan penyamaan oleh Malaysia atau Harimau pula dijaringkan oleh Safawi Rasid menerusi sepakan penalti ekoran Akhyar Rashid dijatuhkan di dalam kotak.
Baca: Kenali Pengadil Perlawanan Malaysia vs Jordan – Mohammed Abdulla Hassan
#4 Meledak 6 Gol Dalam Piala AFC
Beralih kepada karier peringkat kelab, semasa 20 tahun atau pada tahun 2017, Mousa bersama Shabab Al-Ordon FC – kelab yang disertai sejak zaman remajanya. Kelab tersebut beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Jordan iaitu Liga Premier Jordan.
Bagaimanapun, sekitar September 2017, Mousa dipinjamkan kepada main bersama Al-Jazeera yang turut sama beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak tanah airnya. Kehadiran Mousa sehingga pertengahan tahun 2018 bersama Al Jazeera membolehkannya merangkul kejuaraan Piala Jordan serta muncul naib juara liga.
Bukan itu sahaja, bisa Mousa dihadapan gawang turut menyerlah apabila meledak enam gol dalam kancah Piala AFC 2018 yang membantu Al-Jazeera mara sehingga ke peringkat akhir zon asia barat atau bersamaaan peringkat suku akhir bagi kejohanan divisyen kedua benua asia itu.
Prestasinya pada ketika itu telah menarik perhatian APOEL Nicosia yang berpangkalan di Cyprus untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas 2018.
Featured Image: Montpellier Herault SC