Treler Filem Harimau Malaya: The Untold Journey Diperlihatkan
January 16, 2024 Hafizuddin Omar

Treler filem yang menceritakan kisah disebalik tabir melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pasca perletakan jawatan Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan kini diperlihatkan kepada umum.

Salah seorang pelakon bagi filem berjudul Harimau Malaya: The Untold Journey berkenaan iaitu Meerqeen tampil berkongsikan treler tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya, semalam.

Permulaan treler tersebut menyajikan kepada penonton dialog melibatkan Presiden FAM lakonan Tony Eusoff dan ketua jurulatih skuad kebangsaan pada ketika ini mengenai saingan Piala Asia yang kali terakhir disertai secara merit pada tahun 1980.

Baca: MOM Cadang Tabung Untuk Pembikinan Filem-Filem Sukan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harimau Malaya The Untold Journey (@harimaumalayathefilm)

Filem arahan Dato’ Afdlin Shauki ini akan memaparkan kepada penonton empat perspektif melibatkan pihak pengurusan, sudut pandang ketua jurulatih, para pemain dan penyokong yang berlatarbelakangkan kumpulan ultras.

Kesemua ini disatukan ketika mana skuad bola sepak kebangsaan menumpaskan Bangladesh pada perlawanan akhir kelayakan Piala Asia 2023 sekaligus berjaya melayakkan diri ke pertandingan terbabit secara merit buat julung kalinya selepas 43 tahun.

Untuk makluman semua, selain Meerqeen dan Tony Eusoff, antara pelakon yang membarisi filem ini ialah Sophia Albarakbah, Amelia Henderson, Aiman Hakim Redza, Aidil Aziz, Erra Fazira, Namron, Douglas Lim, Bell Ngasri dan beberapa nama lagi.

Filem bergenre drama, sukan dan sejarah ini telah menjalani penggambarannya sekitar 35 hari dan ianya dijangka ditayangkan kepada umum pada bulan April kelak.

Tonton treler Harimau Malaya: The Untold Journey di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Komen