Artikel

Terbuka India: Zii Jia Tak Kandas Pusingan 32

Pemain No.1 negara, Lee Zii Jia tidak mengulangi episod terkandas awal pada pusingan 32 ketika beraksi dalam kejohanan Terbuka India 2024, hari ini.

Zii Jia yang turun berhadapan penghuni ranking ke-24 dunia dari Kanada, Brian Yang berhasil melakar kemenangan dengan bergaya secara “straight set” 21-17 dan 21-19. 

Pertarungan yang berlangsung di Gelanggang 1, Dewan Tertutup K. D. Jadhav itu berlangsung selama 46 minit sebelum menemui pemenangnya.

Baca: Ranking BWF: Zii Jia Masuki Kelompok 10 Terbaik

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kelima dilakar Zii Jia ke atas Brian Yang daripada lima pertemuan secara keseluruhan di kejohanan antarabangsa.

Susulan kemenangan ini, Zii Jia yang melakar kemaraan ke pusingan 16 akan bertembung samada pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus atau perseorangan Indonesia, Jonatan Christie. 

Pada minggu lalu, Zii Jia terkandas awal ketika beraksi dalam saingan Terbuka Malaysia 2024 apabila tumpas di tangan pemain China, Lu Guang Zu pada pusingan 32. 

Baca: Lee Zii Jia Sahut Panggilan BAM Sertai Skuad BATC 2024

Featured Image: Australia Badminton Open

komen