Rayuan Kelantan Ditolak, Tak Layak Main Liga Super
January 17, 2024 β€’ Hafizuddin Omar

Kelab yang dimiliki oleh Norizam Tukiman, Kelantan FC tak layak menyertai saingan Liga Super 2024-25.

Ini berikutan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) mengumumkan membuat keputusan menolak rayuan permohonan Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-25 oleh Kelantan FC.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah, penolakan itu dibuat selaras dengan Artiikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Baca: Penswastaan Demi Penswastaan Gagal, Sampai Masanya Kelantan Dapat Bantuan β€˜Istana’

β€œKeputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini melalui pemakluman rasmi sekali gus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.” ujar Yasin menerusi satu kenyataan media yang disiarkan pada hari ini.

Susulan penolakan rayuan terbabit, saingan Liga Super 2024-24 akan disertai sebanyak 13 buah kelab sahaja.

Untuk makluman, Kelantan FC mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa AB berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang menolok permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2023 pada 1hb Januari 2024.

Baca – Kapten Piya: Tak Pandai Pegang Bola Sepak Kelantan HANCUR!

Featured Image: Kelantan FC

Komen