De Rossi Ketua Jurulatih Baharu AS Roma
January 17, 2024 โ€ข Hafizuddin Omar

Kelab yang sedang menghuni tangga kesembilan Serie A iaitu AS Roma mengumumkan melantik Daniele De Rossi sebagai ketua jurulatihnya yang baharu.

Perlantikan bekas pemain tengah berstatus legenda yang merekodkan 616 penampilan bersama AS Roma dari tahun 2001 hingga 2019 diumumkan sendiri oleh pemilik, Dan Friedkin dan Ryan Friedkin menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.

Turut dimaklumkan, De Rossi yang berusia 40 tahun akan menggalas tugasan selaku ketua jurulatih AS Roma sehingga 30 Jun 2024.

Perlawanan sulung yang akan dikendalikan oleh De Rossi bersama AS Roma adalah bertemu Verona yang menghuni tangga ke-18 saingan Serie A di halaman sendiri pada Ahad nanti.

Baca: Juara Dunia Empat Kali, Itali Tampil Logo Baharu โ€“ Lebih Ringkas & Kemas

Untuk makluman semua, setelah menggantungkan butnya pada awal 2020, De Rossi menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan negara kelahirannya iaitu Itali dimana mereka berhasil merangkul kejuaraan EURO 2020 di Stadium Wembley.

Sekitar Oktober 2022, De Rossi dilantik sebagai pengendali SPAL yang bersaingan dalam kancah Serie B.

Namun begitu, jodohnya bersama SPAL hanya bertahan selama empat bulan dimana De Rossi hanya merekodkan tiga kemenangan daripada 16 perlawanan yang dikendalikannya.

Untuk makluman semua, De Rossi dilantik sebagai ketua jurulatih susulan AS Roma mengumumkan melepaskan pengurus sebelumnya, Jose Mourinho, semalam.

Featured Image: AS Roma

Komen