Jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia kini gagal melangkah ke peringkat separuh akhir dalam lima kejohanan terakhir yang disertainya.
Ini termasuk kegagalan terbarunya ketika turun berentap menentang naib juara Kejohanan Dunia BWF dari Jepun, Kodai Naraoka pada peringkat suku akhir Terbuka India 2024 pada hari ini.
Pertarungan sengit yang berlangsung di Dewan Tertutup K. D. Jadhav itu menyaksikan Zii Jia terlebih dahulu melakar kemenangan pada set pertama menerusi skor 21-13.
Bagaimanapun, Zii Jia membiarkan pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking keenam tersebut mencetak kemenangan pada set kedua menerusi skor 21-9 sekaligus mengheret pertarungan ke set penentuan.
YONEX SUNRISE India Open 2024
MS – QF
13 21 21 🇯🇵Kodai NARAOKA🥇21 9 16 🇲🇾LEE Zii Jia
🕚 in 78 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 19, 2024
Baca: Lee Zii Jia Tolak Sertai Program RTG
Pada set ketiga, pertarungan berlangsung dengan lebih sengit namun kegigihan Kodai membuatkannya berjaya meraih kemenangan menerusi skor 21-16 sekaligus meraih tiket ke peringkat separuh akhir.
Susulan kekalahan ini, Kodai kini mendahului rekod pertemuan ke atas Zii Jia dengan tiga kemenangan daripada empat pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Sebagai rekod, kali terakhir Zii Jia dilihat menjejaki pentas separuh akhir adalah ketika beraksi di Terbuka Denmark 2023 pada November lalu.
Sementara itu, Kodai yang melakar kemaraan ke peringkat separuh akhir akan bertemu samada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu (ranking ke-18) atau pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting (ranking keempat) untuk merebut slot ke perlawanan akhir.
Baca: BAM Belum Pasti Senarai Atau Sisih Tze Yong Hadapi BATC 2024