Syazwan Andik Tandatangan Kontrak Sehingga 2025-26 Bersama Sri Pahang
January 23, 2024 Hafizuddin Omar

Khidmat bekas bek kiri Johor Darul Ta’zim II (JDT II) iaitu Syazwan Andik kini dimiliki secara mutlak oleh Sri Pahang FC – pasukan yang menamatkan saingan Liga Super 2023 di tempat kelima.

Perkembangan itu hadir setelah pemain berusia 27 tahun terbabit bersetuju menurunkan tandatangannya ke atas kontrak selama dua musim yang disediakan oleh Sri Pahang.

Persetujuan itu menyaksikan Syazwan yang memiliki 17 penampilan bersama skuad kebangsaan akan menyarung jersi Kuning Biru sekurang-kurangnya sehingga ke penghujung musim 2025-26.

Sepanjang musim lalu, Syazwan beraksi bersama skuad berjulukan Tok Gajah bimbingan Fandi Ahmad selaku pemain berstatus pinjaman daripada JDT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SRI PAHANG FC (@officialsripahang)

Baca: Sri Pahang Ikat Azrif Nasrulhaq Secara Kekal Sehingga Musim 2025-26

Baca: CEO Sri Pahang, Pengurus Besar Penang Sertai Lembaga Pengarah MFL 2021-2025

Tempoh itu menyaksikan Syazwan menjadi pilihan sebagai salah seorang tonggak utama Sri Pahang terutamanya di posisi bek kiri.

Berdasarkan rekod, Syazwan berhasil meraih 26 penampilan domestik yang merangkumi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia secara keseluruhan.

Bukan itu sahaja, Syazwan turut menyumbang tiga bantuan gol (assist) dan dua gol buat Sri Pahang pada musim lalu.

Sebagai rekod, Syazwan pernah menyertai Melaka United FC selama semusim pada tahun 2022 juga sebagai pemain berstatus pinjaman sebelum bersama Sri Pahang.

Sebagai tambahan, kali terakhir Syazwan dilihat beraksi bersama JDT II adalah pada musim 2021 dengan membuat 16 penampilan dalam saingan Liga Premier. 

Featured Image: Sri Pahang FC

Komen