Indonesia Masters: Jun Hao Lepasi Tentangan Sengit Pemain No.1 Brazil
January 23, 2024 Hafizuddin Omar

Kemaraan perseorangan lelaki No.3 negara, Leong Jun Hao ke peringkat pusingan 32 babak undian utama dalam saingan Indonesia Masters 2024 tidak datang bergolek dengan mudah.

Sebaliknya pemain berusia 24 tahun yang menghuni ranking ke-37 dunia terbabit terpaksa menghadapi tentangan sengit daripada perseorangan lelaki No.1 Brazil iaitu Ygor Coelho.

Ketika bertembung pada pusingan suku akhir peringkat kelayakan hari ini, Jun Hao terpaksa mengheret Ygor yang menghuni ranking ke-47 ke set permainan ketiga sebelum melakar kemenangan menerusi skor 15-21, 22-20 dan 21-16.

Bahkan Jun Hao juga terpaksa mengambil masa selama 69 minit beraksi di Gelanggang 3, Istora Senayan sebelum dapat menjinakkan pemain berusia 27 tahun terbabit.

Baca: Hasrat Hannah Jadi Kenyataan, Norza ‘U-Turn’ Letak Jawatan

Baca: BAM Sasar Skuad Negara Ke Peringkat Separuh Akhir BATC 2024

Untuk makluman semua, ini merupakan pertembungan sulung melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Jun Hao berhasil mencatatkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-19 ke atas pemain Singapura, Jason Teh Jia Heng pada pusingan 16 peringkat kelayakan.

Pada hari esok, Jun Hao akan berhadapan pemain Jepun yang menghuni ranking kesebelas dunia, Kenta Nishimoto pada pusingan 32 untuk merebut tiket ke pusingan 16.

Sebagai rekod, Jun Hao dan Kenta pernah bertembung sebanyak dua kali sebelum ini dengan setiap pemain berhasil meraih satu kemenangan dan satua kekalahan masing-masing.

Featured Image: Thailand Open

Komen