Artikel

Faisal Kongsi Perbualan Bersama Son Ketika Berentap Di Stadium Al Janoub

Pertarungan melibatkan Malaysia dan Republik Korea yang berkesudahan dengan skor 3-3 turut diwarnai dengan penularan video pendek yang memaparkan perbualan antara Faisal Halim dan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Son Heung-min.

Gelagat melibatkan kedua-dua pemain yang menyarung jersi nombor tujuh bersama skuad kebangsaan masing-masing itu membuatkan video yang dikongsikan oleh @woo_5959 di aplikasi TikTok telah meraih sekitar 4 juta tontonan.

Pada masa yang sama, ianya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat dan penyokong tempatan mengenai perkara yang dibualkan oleh Faisal dan Son itu.

Susulan banyaknya persoalan yang timbul, Faisal tampil berkongsikan perbualannya bersama Son menerusi satu video yang dimuat naik oleh @blast.active menerusi aplikasi Instagram, semalam. 

@woo_5959 카리스마 장난 없는 우리 캡틴… 경기 끝나고는 엄청 다정한 얼굴로 저 7번 선수 머리 쓰다듬어준 것까지 정말 완벽한 선수 #손흥민 ♬ 오리지널 사운드 – 매력덩어리 참우정

Baca: Foto Faisal Raikan Gol Kemenangan ‘Mendunia’ Di Akaun Media Sosial Rasmi Piala Dunia FIFA

“Sebenarnya takde apa yang serius pun, saya pergi kat dia, dia tengah bincang dengan referee (pengadil),” 

“Saya cakap ha penalti? Dia kata how come penalty (macam mana penalti)?”

“Lepas tu saya buat reaksi penalti (sambil menyepak) kan semua dia sepak belakang,”

“No, no, dia sepak bola dia kata,”

“Okay we see VAR (Okay, kita tengok VAR), itu dia macam frust (sambil mencekak pinggang),” jelasnya sambil bergelak ketawa.

Pada masa yang sama, Faisal yang terkenal dengan nama panggilan Mickey turut memuji tahap profesionalisme serta sikap tidak sombong mahupun berlagak pemain sayap yang berusia 31 tahun terbabit.

Faisal berpandangan tahap profesionalisme dan sikap terpuji ditonjolkan Son itu wajar dicontohi khususnya dirinya sendiri serta para pemain bola sepak di Malaysia.

Perkara itu juga membuatkan Faisal lebih menghormati Son terutamanya selepas berkongsi satu padang di Stadium Al Janoub pada aksi terakhir Kumpulan E dalam saingan Piala Asia 2023.

Baca – Piala Asia 2023: Sasaran 1 Mata Hamidin Tercapai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Blast Active (@blast.active)

Featured Image: AFC

komen