Artikel

Piala FA 2024-25 Dimainkan Secara Timbal Balik

Saingan bola sepak kalah mati tanah air, Piala FA pada musim 2024-25 akan berlaku sedikit perubahan melibatkan formatnya.

Antara perubahan dilakukan Malaysian Football League (MFL) adalah aksi peringkat suku akhir dan separuh akhir Piala FA pada musim hadapan akan dimainkan secara timbal balik (home & away).

Manakala aksi pusingan 16 serta perlawanan akhir kekal dimainkan secara satu perlawanan – tanpa timbal balik.

Baca: MFL Mansuh Peraturan ‘Away Goal’ Dalam Saingan Liga Malaysia

Baca: MAFA Perhalusi Kemasukan Melaka Dalam Saingan Liga Super 2024-25

Sementara itu, MFL turut memaklumkan saingan Piala FA 2024-25 akan melibatkan maksimum 16 pasukan secara keseluruhan. 

Ianya merangkumi penyertaan daripada kelab-kelab Liga Super serta dua kelab Liga M3 yang akan dipilih oleh Amateur Football League (AFL).

Untuk rekod, saingan Piala FA sebelum ini dimainkan secara pusingan satu perlawanan bermula daripada pusingan pertama sehingga ke perlawanan akhir.

Sebagai tambahan, juara Piala FA juga seringkali dijanjikan MFL slot ke pertandingan tier 2 benua asia anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Featured Image: Malaysian Football League

komen