Akmal Rizal Beri Bayangan 3 Negara Pemain Import Penang FC
February 6, 2024 Hafizuddin Omar

Pemain import dari benua amerika selatan dan afrika akan menjadi taruhan Penang FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2024-25 yang akan bermula 10hb-12hb Mei kelak.

Bayangan terbabit dikongsikan sendiri oleh ketua jurulatih baharu skuad berpangkalan di Pulau Mutiara terbabit, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Akmal merangkap bekas penyerang skuad kebangsaan yang genap usianya 42 tahun pada Disember lalu memberikan bayangan tersebut menerusi hantaran di akaun X peribadinya, baru-baru ini.

Baca: Akmal Rizal Naik Pangkat, Manzoor Bimbing Penang FC II

Baca: CEO Sri Pahang, Pengurus Besar Penang Sertai Lembaga Pengarah MFL 2021-2025

Hantaran itu dilakukan dengan mengepilkan gambar bendera Brazil, Chile dan Rwanda menerusi tiga hantaran berlainan, beberapa hari lalu.

Menerusi beberapa laporan media tempatan, difahamkan, pemain dari Brazil terbabit adalah pertahanan sedia adanya merangkap kapten pasukan iaitu Rafael Vitor.

Bagaimanapun, pemain dari Chile dan Rwanda masing-masing belum diketahui lagi.

Featured Image: Penang FC

Komen