Artikel

Skuad Kebangsaan Salah Dapat Ketua Jurulatih Baharu – Hossam

Skuad kebangsaan yang diwakili oleh bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamad Salah iaitu Mesir mendapat ketua jurulatih yang baharu.

Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA), posisi terbabit kini diisi oleh Hossam Hassan – penjaring terbanyaknya sepanjang zaman dengan rekod 68 gol.

Untuk makluman, Hossam yang berusia 57 tahun dilantik mengisi posisi terbabit susulan ketua jurulatih terdahulu, Rui Vitoria dari Portugal dipecat susulan prestasi yang mengecewakan di kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023.

Baca: Al-Adalah Kelab Baharu Salah Di Arab Saudi

Mesir terpaksa mengucapkan selamat tinggal terhadap kejohanan terbabit selepas ditumpaskan DR Congo menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam waktu permainan sebenar pada peringkat Pusingan 16.

Kekalahan itu membuatkan Mesir yang merupakan juara AFCON sebanyak tujuh kali gagal mengulangi pencapaiannya sekurang-kurangnya mara sehingga ke perlawanan akhir sepertimana dalam edisi lalu.

Baca: Salah Cipta Rekod Sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, EFA turut mengumumkan melantik kembarnya iaitu Ibrahim Hassan, 57 tahun, juga bekas pemain kebangsaan selaku pengurus pasukan.

Hossam dijangka mengendalikan perlawanan pertamanya selaku ketua jurulatih Mesir pada awal Jun nanti menentang Burkina Faso di lamannya sendiri dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EFA (@efasocial)

komen