Gelaran kejuaraan Piala Asia edisi ke-18 akan direbut oleh dua pasukan dari negara Arab iaitu Qatar dan Jordan pada 10 Februari dengan sepak mula jam 11 malam (waktu Malaysia).
Qatar merangkap tuan rumah serta juara bertahan berhasil melayakkan diri ke pentas akhir selepas menumpaskan pasukan No.2 asia, Iran dengan keputusan 3-2, pada malam tadi.
Pertembungan itu menyaksikan Qatar bimbingan Bartolome Marquez meraih kemenangan menerusi jaringan oleh Jassem Gaber Abdulsallam (17’), Akram Afif (43’) dan Almoez Ali (82’).
🎥 HIGHLIGHTS | 🇮🇷 IR Iran 2️⃣-3️⃣ Qatar 🇶🇦
WHAT A GAME. A late goal from Almoez Ali sent the hosts to #AsianCupFinal!
Match Report 🔗 https://t.co/puxh9oDNbS#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #IRNvQAT pic.twitter.com/fZGh0S283D
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 7, 2024
Baca – Kandas Peringkat Kumpulan, Malaysia Raih RM944,000
Baca: Sasaran 1 Mata Hamidin Tercapai
Manakala dua jaringan oleh Iran kendalian Ardeshir ‘Amir’ Ghalenoei pula dicetak oleh Sardar Azmoun (4’) dan Alireza Jahanbakhsh (51’).
Kejayaan Qatar melakar kemaraan ke pentas akhir Piala Asia buat kali kedua berturut-turut itu turut disaksikan seramai 40,342 penonton di Stadium Al Thumama, Doha.
✨ 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒𝐓𝐒 ✨
🇯🇴 Jordan are set to play for the title for the first time in history!
#AsianCup2023 | #HayyaAsia pic.twitter.com/F4srTvgkd0— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 6, 2024
Terdahulu, bakal lawannya di pentas akhir iaitu Jordan mengesahkan kemaraan selepas mengejutkan Republik Korea kendalian Jurgen Klinsmann serta dibintangi beberapa pemain yang beraksi di liga besar eropah seperti Son Heung-min dengan keputusan 2-0.
Untuk makluman, kemaraan Jordan bimbingan Hussein Ammouta itu adalah yang julung kalinya dalam sejarah pasukan mereka dalam kancah Piala Asia.
Sebagai tambahan, juara bagi Piala Asia edisi ini akan membawa pulang ganjaran berupa wang tunai sebanyak AS$5 juta manakala naib juara pula akan menerima AS$3 juta.
Featured Image: AFC