Legenda ‘Double Treble’ Kedah Coach Azraai Meninggal Dunia
February 8, 2024 Hafizuddin Omar

Arena bola sepak tanah air kehilangan satu lagi susuk legenda iaitu Mohd Azraai Khor setelah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 71 tahun, sebentar tadi.

Susuk yang terkenal dengan kejayaannya memimpin Kedah FA (kini dikenali Kedah Darul Aman FC muncul juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2006-07 dan 2007-08 dimaklumkan meninggal dunia ekoran serangan strok.

Berita mendukacitakan itu disahkan dan dikongsikan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi pelbagai platform media sosialnya, hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Baca: Kejuaraan Piala Malaysia Lengkapkan ‘Double Quadruple’ JDT

Untuk makluman, selain Kedah, Azraai turut pernah menabur bakti atas kapasiti sebagai ketua jurulatih bersama Harimau Muda A, Negeri Sembilan, Perak, T-Team dan Kelantan.

Sementara itu, ketika bergelar pemain, Azraai atau nama asalnya Khor Sek Leng pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pesta Bola Merdeka, Piala Asia 1976 dan Sukan Asia 1978.

Azraai menjadi susuk legenda ketiga selepas legenda skuad kebangsaan, Khalid Ali dan bekas pemain Harimau Malaya, Moey Kok Hong turut sama meninggal dunia pada minggu ini.

Featured Image: Persatuan Bola Sepak Kedah

Komen