Bekas penyerang skuad kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman yang pernah dijuluki sebagai ‘Neymar Malaysia’ kembali menyertai kelab yang berpangkalan di negeri kelahirannya, Sabah FC.
Bagaimanapun, khidmat pemain berusia 31 tahun itu tidak digunakan oleh skuad senior bimbingan Datuk Ong Kim Swee.
Sebaliknya, Rozaimi diberikan kontrak untuk beraksi dalam berlatih bersama skuad Sabah B-23 yang beraksi dalam kancah Piala MFL.
Menurut Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Hj Wahid, Rozaimi dipanggil kerana pengalaman luasnya dalam bola sepak dan merupakan ikon yang dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pemain muda.
Baca: MFL Calonkan Sabah, Kedah Isi Slot ASEAN Club Championship 2024-25
Sebelum ini, Rozaimi aktif bermain bola sepak bersama Machan FC yang beraksi dalam kancah Liga M4 atau nama komersilnya Al-Ikhsan Cup.
Kali terakhir Rozaimi dilihat beraksi dalam pentas tertinggi bola sepak tempatan adalah ketika bersama Kedah Darul Aman FC pada tahun 2021 mencapai persetujuan bersama dengan majikannya itu untuk menamatkan kontrak.
Featured Image: Sabah Football Club