17 Pasukan Sahkan Penyertaan Piala Belia 2024 – Mula 27 April
February 13, 2024 Hafizuddin Omar

Saingan bola sepak lelaki bagi usia 18 tahun dan ke bawah atau nama rasminya, Piala Belia akan bermula pada 27 April 2024.

Pada masa yang sama, saingan terbabit disahkan akan disertai sebanyak 17 buah pasukan.

Perkara terbabit disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-10 bagi Penggal 2021-2025, hari ini.

Akan tetapi, senarai 17 buah pasukan yang menyertai saingan tersebut tidak didedahkan lagi setakat ini.

Baca: Pasukan Liga Super Wajib Hantar Skuad Piala Presiden & Piala Belia Musim Depan

Untuk makluman, saingan Piala Belia musim lalu menyaksikan Selangor FC berjaya merangkul kejuaraan selepas berhasil menundukkan Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) 4-3 secara agregat dalam perlawanan akhir.

Kejuaraan tersebut membolehkan Selangor FC membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM60,000.

Selain itu, ini merupakan kemenangan yang kedua berturut-turut buat Selangor FC selepas meraih kejuaraan dalam saingan edisi 2022.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen