Artikel

Juan Torres Dapat Tugas Tambahan, Dilantik Ketua Jurulatih Skuad B-20

Pengendali skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Juan Torres Garrido mendapat tugasan baharu daripada majikannya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini,  pengendali kelahiran Sepanyol berusia 44 tahun kini turut dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20).

Perkara terbabit disampaikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selepas perlantikan terbabit diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-10 bagi Penggal 2021-2025.

Baca: Gandingan Jurulatih Sepanyol-Melaka Ramuan FAM Hadapi Piala Asia B-23

Untuk makluman, tugasan utama Torres bersama skuad kebangsaan B-20 pada tahun ini adalah membimbing skuad tersebut menghadapi Kejohanan AFF B-19 2024 dan Kejohanan Kelayakan Piala Asia B-20 pada Juh dan September 2024 masing-masing.

Difahamkan, perlantikan ini turut melibatkan beberapa individu di dalam barisan kejurulatihan skuad kebangsaan B-23 yang seperti Shukor Adan.

Baca: Ada Slot Play-Off AFC-CAF Buat Harimau Muda Layak Ke Sukan Olimpik

Sebagai rekod, Juan dilantik sebagai sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan B-23 sekitar Oktober lalu dengan objektif utama untuk menghadapi Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Qatar bermula pertengahan April kelak.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen