GP Olahraga Para Dunia: Latif, Ziyad Rangkul Pingat Emas
February 14, 2024 Hafizuddin Omar

Dua jaguh olahraga para negara iaitu Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menambahkan koleksi pingat emas masing-masing. 

Terbaru, koleksi pingat emas itu bertambah ketika beraksi pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Antarabangsa Fazza Ke-15 yang juga merupakan salah satu siri Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024, semalam.

Pemenang dua pingat emas Paralimpik, Latif menggenggam kilauan pingat emas dalam acara lompat juah lelaki T20 (kecacatan intelektual) dengan lompat terbaik sejauh 7.11 meter (m).

Baca: Ketahui 3 Perbezaan Utama Olimpik Khas & Paralimpik

Baca: Perkasakan Pencarian Bakat Baharu Atlet Para – Hannah Yeoh

Sementara itu, Athanasios Prodromou dari Greece pula terpaksa berpuas hati dengan kilauan pingat perak susulan mencatatkan lompatan sejauh 6.81m.

Manakala pingat gangsa pula dibawa pulang oleh Nikki Tang dari Hong Kong setelah merekodkan lompatan sejauh 6.74m.

Beralih kepada jaguh lontar peluru para negara, Ziyad pula merangkul pingat emas selepas melakukan lontaran sejauh 16.62m.

Wakil daripada Turki dan Thailand iaitu Muhammet Atici serta Boonkong Sanepoot pula membawa pulang pingat perak dan gangsa masing-masing.

Kedua-dua atlet terbabit membawa pulang kilauan pingat berkenaan selepas mencatatkan lontaran sejauh 15.12m dan 12.80m masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majlis Sukan Negara Malaysia (@msn_malaysia_official)

Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia

Komen