Artikel

Bekas Pertahanan Import Selangor FC Yang Digantung FAM Kini Berkelana Di Qatar

Bekas pertahanan Selangor FC yang dikenakan hukuman gantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak dalam negara ini, Yazan Al Arab kini berkelana di Qatar.

Pertahanan berusia 28 tahun yang mempamerkan prestasi memberangsangkan membantu negara kelahirannya, Jordan muncul naib juara Piala Asia 2023 baru-baru ini, kini, menjadi milik sebuah kelab yang berpangkalan di Qatar iaitu Muaither SC.

Penyertaan Yazan bersama kelab berjulukan Al Kahilan terbabit diumumkan beberapa hari lalu selain turut dikongsikan sendiri oleh Yazan menerusi akaun media sosial peribadinya.

FAM: Sepak Punggung Kiri & Ludah Pengadil, Yazan Digantung Seumur Hidup

Bagaimanapun, butiran lengkap mengenai kontrak seperti tempoh kontrak serta gaji yang diterima antara Yazan bersama Muaither SC itu didedahkan kepada umum.

Namun begitu, difahamkan, Muaither SC memancing khidmat Yazan daripada kelab Iraq iaitu Al-Shorta SC Iraqi Police Club – kelab yang disertai Yazan sekitar November lalu selepas dilepaskan oleh Selangor FC.

Untuk makluman semua, Muaither SC kini berada di tangga kedua tercorot Liga Qatar dengan kutipan enam mata daripada 12 perlawanan yang telah dilalui.

Featured Image: Muaither SC

komen