Artikel

Pertahanan Nigeria, James Okwuosa Tinggalkan Juara Challenge Cup 2023

Juara Challenge Cup 2023, PDRM FC kini kehilangan khidmat pertahanan import kentalnya dari Nigeria, James Okwuosa untuk menghadapi saingan Liga Super 2024-25.

Pemergian pertahanan berusia 33 tahun yang mempunyai ketinggian 1.88 meter (m) disahkan sendiri oleh skuad berjulukan The Cops atau Sang Saka Biru menerusi satu hantaran di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

“Terima kasih James,”

“Kami mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan kepada salah seorang pertahanan tengah terbaik di dalam saingan liga musim lepas, James Okwuosa.”

“Ini merupakan satu penghormatan dapat bekerjasama dengan kamu dan kami mengharapkan yang terbaik untuk kamu dan semoga bertemu lagi.” 

“Terima kasih,” tulis kenyataan rasmi PDRM FC.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PDRM Football Club (@officialpdrmfc)

Baca: Polis Lanjut Kontrak Pemain Jepun-Brazil Selama Setahun

Baca: Pemain Kebangsaan Jordan Bersama Polis Sehingga 2026

Sebagai rekod, James ditandatangani dan diperkenalkan oleh PDRM FC pada awal Februari lalu selepas beraksi di dalam kancah bola sepak Kuwait sejak tahun 2019.

Sepanjang bersama PDRM FC, James menjadi taruhan utama ketua jurulatih samada Azzmi Aziz atau Datuk Yunus Alif untuk membarisi barisan pertahanan.

Ini dapat dibuktikan dengan 33 penampilannya dalam saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Challenge Cup sepanjang musim lalu.

Bukan sahaja kental di barisan pertahanan, James turut mempunyai empat jaringan gol selain merekodkan satu bantuan gol.

Menurut pendedahan oleh seorang wartawan tempatan pada bulan lalu, kelibat James masih kekal dalam kancah bola sepak tanah air dengan pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo iaitu Kuching City FC menjadi destinasi seterusnya.

Featured Image: MFL

komen