Negeri Sembilan FC Sasar Satu ‘Marquee Signing’ – CEO
February 23, 2024 Hafizuddin Omar

Pembentukan skuad Negeri Sembilan FC untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-25 akan diserikan dengan satu “marquee signing” yang menurut istilah bola sepak, pengambilan pemain samada berbakat besar, berpengaruh atau popular.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus ketika bercerita mengenai persiapan skuad berjulukan Hoben Jang Hoben kepada para pengamal media.

Bayangan-bayangan mengenai pemain yang sedang diusahakan pihaknya untuk menjadi “marque signing” bagi skuad Negeri Sembilan itu turut dikongsikan.

“Kita sedang negotiate (berunding) dengan seorang bekas pemain kebangsaan, saya rasa dia masih aktif bermain, itu kita target (sasarkan) jadi kita punya marquee signing,” katanya selepas Medical Conference 2024 di Institut Sukan Negara (ISN), semalam.

Baca: CEO NSFC Kongsi ‘Clue’ Ketua Jurulatih Baharu, Guna 5 Pemain Import Hadapi Musim 2024-25

Secara keseluruhannya, pembentukan skuad Negeri Sembilan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-25 telah mencapai sebanyak 80%.

Dimaklumkan seramai sembilan hingga sepuluh orang pemain daripada skuad musim lepas dikekalkan.

So (jadi), akan ada mix of young players (pemain-pemain muda), experience players (pemain-pemain berpengalaman), dan kita punya umur purata skuad, saya fikir di bawah 26 tahun,” tambahnya lagi.

Manakala untuk bilangan pemain import pula, Faliq mendedahkan Negeri Sembilan akan menggunakan seramai lima orang sahaja.

Baca: Format Baharu Piala MFL – Liga Satu Kumpulan, 3 Pemain Import Atas Padang

Skuad yang dibentuk oleh Negeri Sembilan bagi menghadapi saingan musim 2024-25 ini diletakkan sasaran untuk menamatkan saingan liga lebih baik daripada musim 2023 iaitu sekurang-kurangnya lapan teratas.

Sebagai rekod, Negeri Sembilan menamatkan kempen Liga Super 2023 di tangga kesembilan dengan mengumpul 27 mata daripada 26 perlawanan.

“Niat kita pada musim ini kita nak bersaing, kita tak nak jadi pelengkap jadual, kita nak sasarkan kedudukan lebih baik daripada tahun lepaslah,” ujarnya lagi.

Sementara itu bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia pula, Faliq menetapkan Negeri Sembilan sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir – sama seperti musim lalu.

Komen