Setiap skuad bola sepak Negeri Sembilan FC akan mempunyai ‘home’ di empat daerah yang berlainan pada musim 2024-25 kelak.
Seperti kebiasaan, skuad utamanya yang beraksi dalam kancah Liga Super kekal beraksi di gelanggang tradisinya yang mampu memuatkan sekitar 45,000 penonton iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban,
Sementara itu, skuad Negeri Sembilan bawah 23 tahun (B-23) yang beraksi dalam saingan Piala MFL pula akan ditempatkan di Stadium Mini Tampin yang terletak dalam daerah Tampin.
Manakala dua lagi pasukan pelapisnya iaitu skuad Negeri Sembilan bawah 20 tahun (B-20) dan bawah 18 tahun (B-18) pula akan menggunakan ‘home’ yang terletak dalam daerah Rembau dan Kuala Pilah.
Baca: Format Baharu Piala MFL – Liga Satu Kumpulan, 3 Pemain Import Atas Padang
Baca: Negeri Sembilan FC Sasar Satu ‘Marquee Signing’ – CEO
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menjelaskan keputusan membahagikan keempat-empat skuad tersebut kepada empat buah daerah berbeza adalah untuk memastikan padang tidak ‘dilanyak’ dan berada pada tahap yang optimum.
“Untuk memastikan keadaan padang berada dalam keadaan optimum, keputusan kami adalah skuad Liga Super akan bermain di Seremban, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi,”
“Skuad B-23 main di Tampin, Skuad B-20 main di Rembau, Skuad b-18 di Kuala Pilah, so (jadi), setiap pasukan dapat satu daerah,” katanya ketika ditemui para pengamal media, baru-baru ini.
Sebagai perbandingan, saingan musim lalu menyaksikan Stadium Tuanku Abdul Rahman menjadi ‘home’ kepada skuad utama dan skuad B-23.
Manakala skuad B-20 yang beraksi dalam kancah Piala Presiden pula menggunakan Stadium Mini Tampin sebagai ‘home’-nya.
Featured Image: Negeri Sembilan FC