Skuad Bimbingan Hai-O Sambar Penjaring Kedua Terbanyak Piala MFL
March 4, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad pelapis kepada Terengganu FC iaitu Terengganu FC II menjadi destinasi baharu buat penjaring kedua terbanyak Piala MFL 2023 dari Nigeria iaitu Chukwu Nnabuike Chijioke.

Penyertaan bekas pemain PDRM FC B-23 yang berusia 26 tahun terbabit ke dalam skuad bimbingan Hairuddin Omar itu diumumkan oleh Terengganu FC menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam.

Chukwu atau nama panggilannya, CJ, muncul sebagai penjaring kedua terbanyak selepas meledak 13 gol daripada 21 penampilan dalam saingan Piala MFL sepanjang musim lalu.

Baca: Format Baharu Piala MFL – Liga Satu Kumpulan, 3 Pemain Import Atas Padang

Bagaimanapun, status penjaring terbanyak itu terpaksa dikongsikan bersama-sama penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Gabriel Nistelrooy yang turut sama mencetak 13 gol.

Selain itu, CJ turut mempunyai dua penampilan dalam saingan Liga Super namun tidak mencetak sebarang jaringan.

Baca: MOTM Final Piala MFL Naik Pangkat Ke Skuad Senior Terengganu FC

Selain daripada mengisi posisi penyerang khususnya di bahagian tengah, CJ juga berkebolehan untuk beraksi di bahagian sayap kiri.

Untuk makluman, sumbangan CJ membolehkan PDRM FC B-23 menamatkan saingan Piala MFL 2023 di tangga kelima peringkat Liga Juara.

Featured Image: PDRM Football Club

Komen