Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Perak FC menjadi destinasi pilihan buat bekas penjaga gol skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) iaitu Haziq Nadzli bagi saingan Liga Malaysia 2024-25.
Teka-teki itu terjawab selepas Perak FC bimbingan Yusri Che Lah mengumumkan kemasukan penjaga gol berusia 26 tahun itu secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan, semalam.
Bagaimanapun, penyertaan Haziq yang kini berusia 26 tahun bersama Perak FC ini adalah secara pinjaman daripada kelab induknya, Johor Darul Ta’zim (JDT) sepertimana diumumkan pada penghujung tahun lalu.
View this post on Instagram
Baca: Perak FC Kekalkan Khidmat Yusri Che Lah Untuk Tahun 2024
Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya Haziq beraksi bersama pasukan lain sejak menyertai JDT pada penghujung tahun 2016.
Pada masa yang sama, Perak FC turut mengumumkan mengikat seorang lagi penjaga gol baharu yang merupakan bekas penjaga gol muda Negeri Sembilan FC iaitu Firdaus Irman, semalam.
Untuk makluman, Firdaus yang juga merupakan anggota skuad kebangsaan B-23 pada ketika ini berhasil merekodkan lima penampilan bersama skuad Hoben Jan Hoben selain diturunkan sebanyak tiga kali bersama skuad pelapis dalam saingan Piala MFL.
Sebagai tambahan, ini merupakan penjaga gol baharu yang kedua dan ketiga diikat Perak FC pada jendela perpindahan kali ini selepas mendapatkan khidmat Mohamad Ramadhan Ab. Hamid – bekas penjaga gol PDRM FC.
Baca: 3 Tumpuan Utama Kerjasama Antara Perak FC & VfL Wolfsburg
View this post on Instagram
Featured Image: Football Association of Malaysia