488 Acara Ditawarkan Di SUKMA 2024
April 30, 2024 Hafizuddin Omar

Sebanyak 488 acara akan dianjurkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak bermula dari 17 hingga 24 Ogos nanti.

Tawaran acara tersebut terbahagi kepada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran atau terbuka untuk 37 jenis sukan yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, setiap acara memerlukan penyertaan minimum atlet daripada enam negeru untuk ianya dipertandingkan.

Baca: Kabaddi, Silamban Antara 5 Sukan Dimasukkan Dalam SUKMA 2024

Angka-angka tersebut hadir selepas Jawatan Tertinggi SUKMA memutuskannya dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh pada hari in.

Untuk makluman SUKMA edisi Ke-21 ini akan dilangsungkan di sembilan bahagian seluruh Sarawak iaitu Kuching (25 jenis sukan), Samarahan (2 jenis sukan), Serian (1 jenis sukan), Sri Aman (1 jenis sukan), Betong (1 jenis sukan), Sibu (3 jenis sukan), Bintulu (3 jenis sukan) dan Miri (6 jenis sukan) bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh Sarawak.

Baca: Syaidatul Afifah Dilantik Ketua Jurulatih Skuad Boling Perak SUKMA 2024

Pada masa yang sama, penganjur juga telah mengenalpasti lima Perkampungan Sukan utama bagi menempatkan atlet-atlet daripada 15 kontinjen bertanding iaitu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan, Kolej Laila Taib di Sibu, UiTM Kampus Mukah, UPM Kampus Bintulu dan IKBN Miri.

Featured Image: Majlis Sukan Negara

Komen