Kekal Fokus Terhadap Latihan, Pesan Hamidin Kepada Zii Jia
June 25, 2024 Hafizuddin Omar

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin berpesan kepada Lee Zii Jia agar mengekalkan fokusnya terhadap sesi latihan terakhirnya yang berbaki sekitar sebulan sahaja lagi sebelum bermulanya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Hamidin yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyampaikan pesanan itu ketika turun bertemu perseorangan lelaki No.1 negara tersebut serta ahli pasukannya di Sentosa Sport Arena, hari ini.

“Saya dapat lihat kesungguhan dan semangat Zii Jia untuk membuktikan sesuatu di Paris. 

“Zii Jia juga memberitahu saya bahawa dia tidak sabar untuk beraksi di Sukan Olimpik dan mencapai sesuatu untuk Malaysia,”

Baca: 5 Wakil Badminton Malaysia Layak Ke Sukan Olimpik 2024

“Saya beritahu kepada Zii Jia untuk kekalkan fokusnya semasa sesi latihan dan apabila tiba di Paris nanti, dia perlu fokus kepada satu perlawanan pada satu masa,”

“Kita akan menantikan undian badminton, dimana ianya dijangka berlangsung pada 12 Julai kelak,” katanya seperti dikongsikan pihak MOM.

Untuk makluman, Zii Jia, 26 tahun, yang merupakan kelahiran Alor Setar, Kedah disahkan layak untuk menyertai Sukan Olimpik edisi kali ke-33 ini pada 10 Mei lalu.

Baca: Azizul, Shah & Izzah Dapat Basikal WX-R Vortex Edisi Baharu Ke Sukan Olimpik

Penyertaan ini merupakan kali kedua buat Zii Jia selepas melakukan debut di temasya sukan yang berlangsung setiap empat tahun sekali itu pada edisi lalu – Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Sebagai tambahan, Zii Jia yang masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan di Terbuka Australia baru-baru ini menjalani latihan di bawah bimbingan Wong Tat Meng serta rakan-rakan sepelatihnya, Lee Shun Yang, Lim Chong King, Tan Choong Yen dan Ter Chun Long.

Pada saat ini, Zii Jia menjalani sesi latihan yang pelbagai di bawah regim Tat Meng seperti satu lawan satu, satu lawan dua dan satu lawan tiga untuk menghadapi temasya yang berprestij tersebut.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen