Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor percaya pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC tidak bersendirian pada saat ini.
Sebaliknya beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kedah percaya majoriti senyap kalangan rakyat di negara ini berdiri bersama skuad yang sinonim dengan warna Merah Kuning itu.
Selangor kendalian Nidzam Jamil kini dikenakan hukuman oleh badan penganjur liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) ekoran tidar hadir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk perlawanan perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah bersekali dengan perlawanan pertama Liga Super 2024-25 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10hb Mei lalu.
“Mereka tidak bersendirian… percayalah (dengan) saya… Semua rakyat Malaysia majoriti senyap berdiri bersama Merah Kuning.”
“Menjunjung kasih Tuanku!” tulisnya menerusi akaun Facebook peribadinya sambil berkongsikan hantaran Mohd Ezli Mashut yang menulis lirik lagu Merah Kuning – lagu bola sepak Selangor – sekitar tengah malam tadi.
Baca: “JDT Ni Main Samseng Sikit, Macam Kasta Kayangan” – Sanusi
Pada awalnya, MFL mengenakan empat jenis hukuman kepada Selangor FC iaitu dendam sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kepada JDT dan MFL, pemotongan tiga mata dan beraksi menentang JDT pada perlawanan Liga Super ke-14 di Stadium MBPJ tanpa kehadiran penonton.
Bagaimanapun, hukuman tersebut menimbulkan kemurkaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj merangkap Penaung Selangor FC dan menganggapnya sebagai tidak masuk akal dan amat berlebihan.
Susulan daripada kenyataan daripada baginda Sultan Selangor terbabit, MFL membuat pertimbangan semula dan membatalkan dua hukuman iaitu pemotongan tiga mata dan beraksi tanpa kehadiran penyokong.
Baca: ALP MFL Kurangkan Denda Selangor FC, Hormat Titah Sultan Selangor
Manakala hukuman denda sebanyak RM100,000 dikurangkan menjadi RM60,000 sahaja sementara bayaran pampasan kepada JDT dan MFL dikekalkan.
Sementara itu, pertimbangan semula oleh MFL itu dengan mengambil kira dan menghormat titah DYMM Sultan Selangor mengundang pertikaian daripada pemilik JDT merangkap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail dan menyifatkannya sebagai permulaan “precedent” kepada kelab-kelab lain mendapat layanan yang sama dengan menggunakan “surat” Sultan.
Featured Image: Persatuan Bola Sepak Kedah