Minggu Yang Sukar Buat Hamidin, Mungkin Ada Hikmahnya
June 28, 2024 Hafizuddin Omar

Minggu ini merupakan minggu yang sukar buat insan yang bernama Dato’ Haji Hamidin Mohd. Amin.

Bermula awal minggu ini, Hamidin yang memegang jawatan Ketua Kontinjen atau Chef De Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 menjadi titik yang dihalakan kritikan oleh para peminat sukan tanah air apabila keluarnya rekaan tidak menarik dan tidak cantik pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Paris 2024.

Sehari kemudian, penjelasannya mengenai penggunaan warna emas pada bendera Malaysia yang merupakan sebahagian daripada logo rasmi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada pakaian rasmi Kontinjen Malaysia serta komen “kalau baju cantik tetapi tidak dapat emas tak guna” turut mengundang kritikan daripada orang ramai.

“Saya rasa mungkin ada hikmahnya dan kalau kita sebagai seorang Islam, bila kita terima dugaan ni, dia ada dua sahaja samada kifarah ataupun menaikkan maqam (kedudukan) dia lagi,”

Baca: Tak Ubah Suai Warna Jalur Gemilang, Itu Logo MOM – Norza Zakaria

“Jadi, saya terima dan kita hadapilah, kalau kita salah, kita mengaku salah, kalau kita buat dengan betul, kita buat dengan betul, jadi pendapat saya, saya akan buat yang terbaik untuk sukan bola sepak Malaysia selagi saya memegang jawatan Presiden FAM,” katanya menjawab pertanyaan wartawan mengenai minggu yang cukup mencabar buat dirinya pada minggu ini.

Pada Rabu pula, namanya selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dipetik secara  khusus oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj yang menzahirkan rasa terkejut dan kecewa kerana tidak bersuara mengenai hukuman yang diberikan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada Selangor FC.

Susulan daripada itu, Hamidin turut mengesahkan telah menghubungi pihak Istana Selangor untuk memohon mengadap Sultan Sharafudin bagi memberikan penjelasan akan hal berkenaan.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen