Tabung yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sebagai solidariti bersama Selangor FC kini telah mendapat sumbangan lebih daripada RM60,000.
Menurut Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, YB Mohd. Najwan Halimi, setakat jam 11 pagi pada hari ini, sebanyak RM66,252.02 telah terkumpul hasil sumbangan orang ramai kepada tabung berkenaan.
Jumlah itu dilihat sudah mencukupi untuk membantu skuad berjulukan Red Giants menyelesaikan salah satu hukumanyang dikenakan oleh Malaysian Football League (MFL) iaitu denda sebanyak RM60,000.
Ia berikutan Selangor FC bimbingan Nidzam Jamil tidak hadir ke perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah bersekali dengan perlawanan pertama Liga Super 2024-25 pada 10hb Mei baru-baru ini.
Baca: ALP MFL Kurangkan Denda Selangor FC, Hormat Titah Sultan Selangor
Baca: Lepas Ini… Suruh Sultan Tulis Surat Murka Aja – Pemilik JDT
Untuk makluman, jumlah denda tersebut adalah jumlah baharu dikenakan oleh MFL selepas mereka membuat pertimbangan semula daripada jumlah asal iaitu RM100,000.
Bagaimanapun, jumlah tersebut masih boleh dilakukan rayuan oleh Selangor FC.
Selain itu, Selangor FC juga dikenakan satu lagu hukuman kewangan iaitu pembayaran pampasan kerugian yang ditanggung tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL – jumlahnya tertakluk kepada kos yang akan dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.
Untuk makluman semua, Najwan berkata tabung ini akan ditutup pada jam 11.59 malam ini untuk sumbangan orang ramai.
Baca: Sultan Selangor Perkenan Terima Menghadap Presiden FAM – Selepas 7 Julai
Pada 3 Julai kelak, Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari akan menyempurnakan serahan yang terkumpul daripada tabung ini kepada pihak Selangor FC.
“Terima kasih kepada semua penyumbang dari seluruh negara yang telah menzahirkan sokongan dan solidariti kepada pasukan Selangor FC.” ujar Najwan.
Featured Image: Facebook Najwan Halimi