Atlet-atlet negara yang mewakili Malaysia untuk bertanding di Sukan Olimpik 2024 Paris, Perancis kelak diberikan tiga pasang kasut daripada Skechers setiap orang.
Salah satu pasang kasut yang diberikan Skechers adalah model Skechers Supersonic Max yang telah dipakai oleh pada atlet semasa menghadiri Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Istana Negara pada Selasa lalu.
Keduanya, Skechers memberikan setiap seorang anggota Kontinjen Malaysia kasut model Skechers USA Garza Garado serta sepasang seorang model Skechers Work Sure Track Warfell untuk disarungkan ketika perarakan masuk Kontinjen Malaysia pada Upacara Pembukaan Sukan Olimpik.
Baca: Bertrand, Shazrin Dipilih Pembawa Jalur Gemilang Di Sukan Olimpik 2024
Pemberian ketiga-tiga pasang kasut tersebut kepada anggota Kontinjen Malaysia ke Paris 2024 ini hadir susulan Skechers tampil bekerjasama dan berkolaborasi dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Hasil kerjasama dan kolaborasi ini, Skechers diangkat menjadi Kasut Rasmi untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Kali Ke-33 Paris 2024.
Manakala Skechers pula memberikan 100 set pasang kasut dimana setiap set terdiri daripada tiga model kasut yang dinyatakan di atas kepada anggota Kontinjen Malaysia.
Dimaklumkan jumlah keseluruhan penajaan kasut-kasut oleh Skechers tersebut kepada Kontinjen Malaysia adalah bernilai RM194,290 – berdasarkan harga runcit.
Skechers dan MOM mengharapkan kerjasama yang dimeterai buat julung kalinya oleh kedua-dua pihak pada hari ini menandakan permulaan kepada kolaborasi jangka masa panjang untuk mempromosikan dan mengembangkan sukan tempatan secara bersama-sama.