Kontinjen Malaysia Gayakan Busana Rekaan Rizman Ruzaini Pada Upacara Pembukaan Sukan Olimpik 2024
July 4, 2024 Hafizuddin Omar

Atlet-atlet negara yang menyertai perbarisan dan perarakan masuk pada Upacara Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis kelak akan menggayakan busana yang direka oleh pereka fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Kontinjen atau Chef de Mission (CDM) Malaysia ke Paris 2024, Dato’ Haji Hamidin Mohd. Amin sambil berkongsikan busana tersebut direka dengan tema dan konsep pakaian tradisional.

Baca: Jaket Kontinjen Malaysia Tampilkan Corak Belang Harimau Yang Lebih Garang, Guna Logo MOM Versi ‘Polychrome’

“Betul, betul, (rekaan) dah finalize (dimuktamadkan),”

“Saya akan sahkan nanti bila kita patut keluarkan (busana) itu, kami dah siapkan dan muktamadkan (rekaan),”

@sukanzcom

Mesti kacak dan menawan atlet-atlet negara kita di upacara pembukaan Sukan Olimpik nanti. Busana ini dijangka akan dipertontonkan kepada umum pada minggu hadapan. #SukanDiTiktok

♬ original sound – Sukanz – Sukanz

“Mungkin minggu hadapan kami akan tunjukkan rekaan (busana) untuk upacara pembukaan (Sukan Olimpik) kepada umum,” katanya semasa sidang media kerjasama Skechers dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Muzium Sukan & Dewan Kemasyhuran MOM pada hari ini.

Baca: ‘Luck’ Badminton Bergantung Kepada Hasil Undian – Hamidin

Untuk makluman semua, upacara pembukaan Sukan Olimpik Kali Ke-33 ini dijadualkan pada 26hb Julai kelak.

Seramai 26 orang atlet negara telah terpilih untuk menganggotai Kontinjen Malaysia bagi bertanding di Sukan Olimpik edisi kali ini dengan pelari pecut, Azeem Fahmi menjadi tambahan terbaru, semalam.

Sebagai tambahan, perbarisan dan perarakan masuk Kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan itu nanti akan diketuai oleh penerjun serta pelayar, Bertrand Rhodict Lises dan Nur Shazrin Mohamad Latif selaku pembawa Jalur Gemilang.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen