Kedah Darul Aman FC Tubuh Sang Kenari Sdn Bhd – Urus Pembangunan Perniagaan 
July 15, 2024 Hafizuddin Omar

Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air yang masih belum mendapatkan penaja utama bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2024-25 iaitu Kedah Darul Aman FC mengumumkan penubuhan Jabatan Pembangunan Perniagaan KDA FC – sebuah sayap operasi baharu bagi menguruskan strategi perniagaan.

Susulan itu, dimaklumkan, jabatan terbabit diperbadankan sebagai Sang Kenari Sdn. Bhd. pada 27hb Jun lalu yang bertujuan untuk menguruskan pembangunan perniagaan melalui projek-projek perekonomian Kedah Darul Aman FC.

Baca: Hukuman Tolak 3 Mata Kekal Biarpun Tunggakan Gaji Kedah Sudah Selesai

Difahamkan penubuhaan syarikat ini adalah sebahagian daripada usaha sama antara KDA FC dan Aafiyat Holdings Sdn Bhd dalam menjana pendapatan kelab melalui peminjaman staf berpengalaman bagi menampung permintaan tinggi tenaga kerja aktiviti pemasaran dan perniagaan KDA FC.

Bersama-sama pengumuman ini juga, pemilik majoriti Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar turut mengumumkan perlantikan Mohamad Faidhi Mohd Rohdzi sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan KDA FC merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sang Kenari Sdn Bhd.

Baca: Kedah Kutip Sekitar RM2 Juta Menerusi Jualan Tiket Musim 2023

Untuk makluman, Faidhi sebelum ini merupakan Ketua Jabatan Program dan Acara Pemasaran Aafiyat Holdings – pengurus jenama Olive House yang merupakan salah sebuah rakan rasmi bagi Kedah Darul Aman FC musim 2024-25.

Dr. Mohd Daud turut menerangkan bahawa jabatan serta syarikat yang ditubuhkan itu berbeza peranannya dengan Jabatan Pemasaran dan Media KDA FC yang lebih menumpukan perancangan struktur pemasaran kelab, penajaan dan perkhidmatan pelanggan kepada penaja dan rakan rasmi.

View this post on Instagram

A post shared by Kedah Darul Aman Football Club (@kedahdarulamanfc)

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

Komen