Aplikasi Unifi TV Sedia 17 Saluran Olimpik 2024 Secara Percuma – Termasuk Bukan Pelanggan
July 25, 2024 Hafizuddin Omar

Selain daripada RTM dan Astro, peminat-peminat sukan tanah air boleh menonton temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi aplikasi Unifi TV secara percuma untuk semua – termasuk bukan pelanggannya.

Ini selepas Unifi TV dinamakan sebagai penyiar rasmi bagi temasya berkenaan sekaligus membolehkan mereka memberikan akses tontonan meliputi 32 jenis sukan dan 329 acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Kali Ke-33 tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Yunni (@unifi)

Baca: RTM Siar Siaran Langsung Sukan Olimpik Paris 2024 Secara Percuma

Sebanyak 17 saluran khas dalam definisi tinggi disediakan untuk tontonan para pelanggan mahupun bukan pelanggannya bermula 24hb Julai hingga 12hb Ogos.

Bagi bukan pelanggan, anda boleh memuat turun aplikasi Unifi TV di peranti yang dikehendaki dan mendaftarkan akaun Unifi menggunakan emel atau nombor telefon masing-masing tanpa sebarang caj.

Selain aplikasi Unifi TV, anda juga boleh menonton di laman sesawang Unifi TV.

Baca: Astro Sedia 18 Saluran Siar Sukan Olimpik Paris 2024

Komen