11 Daripada 20 Jersi EPL Papar Syarikat Judi – Haram Dipakai Umat Islam
August 20, 2024 Hafizuddin Omar

Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024-25 telah membuka tirainya bermula dengan perlawanan pertama melibatkan Manchester United dan Fulham di Stamford Bridge pada Sabtu lalu.

Menjadi amalan biasa, bermulanya musim baharu, setiap kelab turut memperkenalkan jersi-jersi baharu terdiri daripada jersi “home”, “away” serta ketiga (bagi beberapa kelab) untuk digayakan sepanjang musim ini.

Tinjauan terhadap jersi-jersi yang dikeluarkan pada musim ini mendapati sebelas daripada 20 pasukan yang beraksi dalam kancah EPL musim ini memaparkan logo syarikat judi pada bahagian hadapan jersi.

Sebelas kelab itu terdiri daripada Aston Villa, Bournemouth, Brentford, Crystal Palace, Everton, Fulham, Leicester City, Nottingham Forest, Southampton, West Ham United dan Wolverhampton Wanderers.

Kesemua kelab itu memaparkan logo Betano, bj88, Hollywood Bets, Net88, Stake.com, BC.Game, Sbotop, Kaiyun Sports, Rollbit, Betway dan Debet masing-masing.

Sebagai perbandingan, saingan EPL musim lalu menyaksikan hanya lapan kelab sahaja mempamerkan syarikat judi di bahagian hadapan jersi-jersinya.

Kelab-kelab tersebut ialah Aston Villa (BK8), Burnley (W88), Brentford (Hollywood Bets), Bournemouth (dafabet), Everton (Stake.com), Fulham (Sbotop), Nottingham Forest (Kaiyun Sports) dan West Ham United (Betway).

Crystal Palace dan Wolverhampton Wanderers mempamerkan logo Cinch dan AstroPay pada bahagian hadapan jersi masing-masing musim lalu menjadi dua buah kelab baharu yang beralih kepada memaparkan logo syarikat judi pada musim ini.

Baca: Jual Beli Pemain Bola Dibenarkan Syarak – Tidak Menyerupai Sindiket Pemerdagangan Manusia

Memetik hukum memakai baju yang berlogo syarikay arak dan judi oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 2020 yang laiu, ianya adalah HARAM dan DILARANG.

“Ini kerana, perbuatan tersebut termasuk dalam usaha bagi mempromosikan serta melariskan arak dan judi.” 

“Justeru, bagi mereka yang memakainya dengan niat atau tidak dikira telah menolong dalam mempromosikan syarikat judi dan arak.”

“Adapun begitu, bagi mereka yang mempunyai pakaian seperti ini mereka boleh memakainya dengan cara menterbalikkan pakaian tersebut supaya logo dan lambang tersebut tidak kelihatan.” tulis kesimpulan pada Irsyad Hukum Siri Ke-389.

Baca: Kelab EPL Henti Papar Syarikat Judi Pada Jersi Perlawanan Bermula Hujung 2025-26

Sebagai tambahan, trend memaparkan syarikat judi pada bahagian hadapan jersi perlawanan ini akan dihentikan pada penghujung musim hadapan, musim 2025-26.

Perkara ini telah pun disepakati oleh kelab-kelab yang beraksi dalam saingan EPL sepertimana diumumkan oleh pihak liga berkenaan pada April 2023 yang lalu – untuk mengurangkan pengiklanan daripada syarikat judi.

Komen