Pemain Lions City Sailors Terpaksa Bersara Awal – Masalah Jantung
Hafiz Omar

Pemain tengah Lion City Sailors FC, Adam Swandi terpaksa menggantung but dan mengucapkan selamat tinggal terhadap karier bola sepak profesionalnya pada usia 28 tahun.
Dimaklumkan, keputusan berat itu terpaksa diambil Adam berikutan mengalami masalah jantung iaitu kardiomiopati, demikian kenyataan yang dikongsikan oleh kelabnya.
Untuk makluman, kardiomiopati merupakan penyakit melibatkan otot jantung yang menyebabkan kesukaran jantung untuk mengepam darah ke keseluruhan badan.
Baca: Remaja 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Bermain Bola Sepak – Kompilasi Jantung & Asma
Keadaan itu boleh masalah jantung yang serius, lebih teruk, menjadi simpton kepada kegagalan jantung, jelas kenyataan oleh Lion City Sailors.
Masalah jantung itu diketahui selepas Adam melakukan ujian susulan selepas perlawanan menentang Tanjong Pagar United pada September lalu dalam saingan Liga Premier Singapura (SPL).
Sebagai rekod, Adam merupakan kelompok pertama pemain menyertai Lion City Sailors FC ketika ianya dibentuk pada tahun 2020.
BAJC: Perseorangan Lelaki China Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Menentang Jepun
Adam telah merekodkan 93 penampilan buat Lion City Sailors dan membantu kelab tersebut merangkul kejuaraan SPL 2021, Piala Singapura 2024 dan meraih dua trofi Perisai Komuniti.
Sebelum itu, Adam beraksi bersama kelab satelit Jepun iaitu Albirex Niigata (S), Home United FC, Young Lions FC dan FC Metz Bawah 19 Tahun (B-19) dalam kancah Liga Perancis.
Bersama skuad kebangsaan Singapura, Adam berhasil merekodkan 19 penampilan dan menjaringkan dua gol.
Featured Image: Lion City Sailors FC