Setiausaha Agung AFC Dilantik Sebagai Timbalan Pengerusi PSM Sesi 2025-2027
March 20, 2025 Hafizuddin Omar

Badan berkanun yang berfungsi mengurus dan menyelenggara kompleks serta arena sukan yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerima barisan Anggota Perbadanan yang baharu bagi sesi 2025-2027.

Menerusi satu kenyataan media yang disiarkan pada hari ini, senarai yang terdiri daripada 16 individu itu didahului oleh Datin Anita Azrina Abdul Aziz yang merupakan mantan Pengurus Besar Kanan, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas sebagai Pengerusi PSM.

Pelantikan beliau ini menggantikan Dato’ Hans Isaac yang tamat tempohnya sebagai Pengerusi PSM bagi sesi lalu. Pada masa yang sama, Anita menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi dalam sejarah PSM.

Ianya diikuti oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Datuk Seri Windsor Paul John selaku Timbalan Pengerusi PSM.

Baca: PSM Tetapkan Kadar Parkir SNBJ RM5 Sahaja Ketika Acara Sukan & Konsert

Baki senarai 14 orang individu yang terpilih menganggotai Anggota Perbadanan adalah seperti berikut:

  • Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu (Ketua Setiausaha KBS)
  • Zahir Kelvin Ong Abdullah (Pengarah Eksekutif Venus Assets Sdn Bhd)
  • Aaron Sarma (Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia dan Remote Ventures)
  • Rubin Khoo Bu Boen (Wakil Korporat – Media dan Komunikasi)
  • Yap Hui Kun (Bendahari Kehormat Persekutuan Renang Malaysia)
  • Dr. Teh Lah Hoong (Setiausaha Kehormat Persatuan Gimnastik Malaysia)
  • Selvendran Saravanamuthu (Bendahari Kehormat Konfederasi Hoki Malaysia)
  • Monteiro Gerard Clair (Presiden Persatuan Skuasy Malaysia)
  • Dato’ Haji Mohd Azhar Jamaluddin (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia)
  • Ilyas Kamil (Ketua Pegawai Eksekutif PSM)
  • Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM)
  • Muhammad Hazrul Ismail (Ketua Seksyen Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan MOF)
  • Ir. Mohamad Darus Selamat (Jurutera Awam Penguasa Kanan JKR)
  • Asdirhyme Abdul Rasib (Setiausaha Bahagian (Tenaga Lestari) PETRA)

Untuk makluman semua, pelantikan ini dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh sebagaimana peruntukan dalam Akta Perbadanan Stadium Malaysia 2010 (Akta 717) – Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan mempunyai kuasa untuk melantik Anggota Perbadanan seramai 16 orang.

Anggota Perbadanan yang dilantik ini akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 21hb Mac 2025 (Jumaat).

Baca: SNBJ Kekal Guna Zeon Zoysia, Rumput Hibrid Dibawa Ke Stadium Mini MSN

“PSM akan terus komited dalam memantapkan tatakelola pengurusan dan penyeliaan kemudahan serta fasiliti di bawah Perbadanan Stadium Malaysia untuk rakyat Malaysia.”

“Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada barisan Anggota Perbadanan seisi 2023-2025 atas khidmat bakti yang telah diberikan terutamanya kepada Ybhg. Dato’ Gerald Hans Isaac sebagai Pengerusi PSM 2023-2025.” tulis kenyataan itu.

Senarai kompleks serta arena sukan di bawah tanggungjawab PSM adalah seperti berikut:

  • Kuala Lumpur Sports City (KLSC)
    • Stadium Nasional
    • Axiata Arena
    • Pusat Akuatik Nasional
    • Stadium Hoki Nasional
    • Pusat Skuasy Nasional
    • Dewan Sri Putra
    • Infra
  • Kompleks Sukan Bukit Kiara
    • Stadium Juara
    • Pusat Boling Padang Nasional
  • Kompleks Sukan Jalan Duta
    • Stadium Hoki Tun Razak
    • Pusat Skuasy Jalan Duta
    • Pusat Tenis Nasional
  • Kompleks Sukan Shah Alam (Panasonic)
    • Kolam Renang
Komen