Kelantan Red Warrior FC Anjur Cabutan Bertuah – Hadiah Lesen Motosikal Percuma
Hafiz Omar

Program cabutan bertuah semakin mendapat tempat dalam kalangan kelab-kelab bola sepak tempatan. Terbaru, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) yang bersaing dalam kancah Liga A1 Semi-Pro turut mengumumkan program yang sama.
Menerusi perkongsian di platform media sosialnya, KRW FC bimbingan Irfan Bakti akan melangsungkan program cabutan bertuah itu pada rehat separuh masa ketika perlawanan bertemu UM-Damansara United pada Jumaat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Sebanyak enam hadiah ditawarkan hasil tajaan daripada Akademi Memandu Nasrom Sdn. Bhd. iaitu satu lesen motosikal percuma dan lima buah hamper.
Baca: Terengganu FC Anjur Program Cabutan Bertuah – Hadiah Utama Perodua Bezza 1.3
Baca: Cabutan Bertuah Pada Semua Aksi Liga Super – CEO NSFC
Cabutan bertuah ini terbuka buat pemegang tiket terbuka, astaka dan grandstand pada perlawanan malam esok. Pihak kelab mengingatkan kepada para penyokong agar menyimpan keratan tiket masing-masing – sebagai bukti untuk menuntuk hadiah kemenangan itu nanti.
Untuk makluman, tiket perlawanan tersebut dijual pada harga RM13.50 bagi tempat duduk terbuka dan astaka. Sementara itu, tiket di bahagian grandstand dibahagikan kepada tiga kategori dan diletakkan tanda harga RM18, RM22.50 dan RM27 masing-masing.
Kesemua harga tiket-tiket itu telah diberikan diskaun sebanyak 10% oleh pihak kelab.
Featured Image: Kelantan Red Warrior FC